Ukhuwwah Network Group

Ukhuwwah Network Group
Cuti2 Melbourne, Australia 2016

Tuesday, June 28, 2011

Seminar Usahawan Cemerlang (SUC) II - City View Hotel, Kuala Lumpur









Salam Sejahtera,

Pada 24 hingga 26 Jun 2011 yang lalu, telah berlangsung Seminar Usahawan Cemerlang II (Rekrut) di Hotel City View, Kuala Lumpur. Seminar Usahawan Cemerlang II ini merupakan lanjutan dari Seminar Usahawan Cemerlang I kepada usahawan-usahawan Gamat Emas Sdn Bhd. Selepas mengikuti SUC Siri I dan II para usahawan akan menghadiri pula SUC III (Kepimpinan).

SUC I, II dan III ini merupakan mekanisme pengerak dan penjana modal insan di Gamat Emas Sdn Bhd (GESB)yang terletak di bawah tanggungjawab Akademi GESB. Tenaga-tenaga pengajarnya terdiri dari insan-insan hebat yang berpengalaman di dalam industri Multi Level Marketing dan insan-insan yang telah berjaya dalam industri ini.

Akademi GESB diterajui oleh Tuan Zuraidi Abd Rahman yang merupakan Master Trainer, Tuan Salleh Saadon, Pengurus Akademi GESB, Tuan Zamani Rafiee, Duta Emas 5 Bintang, Tuan Haji Wahi Selamat, Duta Emas 5 Bintang, Tuan Hakimi Mustafa, Duta Emas 3 Bintang serta dibantu oleh Tuan Musly dan Co-Trainer yang lain.

Dengan dibarisi oleh insan-insan hebat yang berpengalaman luas, Akademi GESB mempunyai visi dan misi dalam menjana modal insan di GESB mencapai matlamat menjadikan GESB sebagai Juara di persada langit MLM di Malaysia dan di peringkat Asia Pasifik.

Sepanjang saya mengikuti SUC II ini banyak ilmu seni perniagaan MLM saya pelajari dari tenaga pengajar Akademi GESB serta pemimpin-pemimpin GESB yang lain. Saya mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua peserta SUC II ini dan kekalkan momentum yang ada dalam mengejar impian menjadi GOLD AMMBASSADOR (Duta Emas).

Saya yakin dan percaya melalui sistem latihan yang sistematik dan melalui strategi yang betul, di tempat yang betul dan pada masa yang betul, GESB mampu mencapai misi dan visinya dalam masa yang singkat. Dengan komitmen setiap rakaniaga dan pemimpin yang bersatu bergerak dalam nada yang sederap serta nilai budi yang tinggi..Insyaallah Gamat Emas Sdn Bhd wadah perjuangan ekonomi Melayu Islam mampu berdiri sama tinggi dengan gergasi MLM yang sedia ada. Ayuh pejuang-pejuang GESB, perjuangan kita masih belum selesai, kita teruskan perjuangan dengan semangat padu dan jitu, merentasi segala rintangan dan cabaran menuju kepada matlamat yang satu menjadikan GESB juara di persada MLM di Malaysia dan Asia pasifik.

Kita kaya bukan mahu dilihat kaya tetapi kita mahu islam itu dilihat kaya. Sampai bila kita mahu hidup dalam keadaan tangan yang dibawah sedangkan Allah SWT mahu umat islam menjadi tangan yang di atas. Kerana sesungguhnya tangan yang di atas itu lebih mulia di sisinya.


Akhir kata, bulat air kerana pembetong, bulat kata kerana muafakat,hina besi karat hina manusia kerana melarat, pusing cawan sama cawan ikat galah dengan tali pasal lawan kita tetap lawan, mengaku kalah tidak sesekali..Jumpa anda di puncak kejayaan...PASSSSSSTIIII POWERRRRRRRRRR!!!

Tuesday, June 21, 2011

Sakit perut tanda kanser usus

Sakit perut tanda kanser usus
Oleh MARIATUL QATIAH ZAKARIA
maria.zakaria@utusan.com.my
Gambar ABDUL NAZIR MOHAMED
PERNAHKAH anda mengalami gastritis? Mungkin ramai pembaca di luar sana tidak mengetahui apa itu gastritis kerana ia merupakan nama saintifik bagi penyakit angin atau sakit perut.

Gastritis atau angin bukanlah satu penyakit. Tetapi satu keadaan di mana berlaku inflamasi dalam lapisan perut.
Tetapi merupakan tanda-tanda awal kanser perut.
Menurut Pakar Bedah dan Runding Gastrointestinal, Pusat Perubatan Sunway, Dr. Ramesh Gurunathan, sekiranya mereka yang mengalami sakit perut berlarutan atau kerap mengalaminya, dinasihatkan agar mendapatkan rawatan doktor atau melakukan ujian endoskopi.
Malah tambah beliau, sekiranya ia tidak dirawat dengan segera ia boleh membawa maut.
''Keadaan ini (angin) disebabkan oleh bakteria yang dikenali sebagai helicobacter pylori iaitu sejenis bakteria yang boleh dirawat dengan antibiotik.
''Tetapi sekiranya ia (bakteria tersebut) tidak dirawat dengan segera, ia boleh membawa maut di mana bakteria tersebut akan bertukar menjadi sel-sel kanser.
''Untuk itu, sekiranya pesakit mengalami sakit perut yang kerap ataupun berlarutan, selain diberikan ubat oleh doktor, mereka juga berhak untuk melakukan ujian endoskopi untuk mengetahui penyakit sebenar,'' ujarnya ketika ditemui di pejabatnya, baru-baru ini.
Jelas beliau lagi, di Malaysia, kanser perut merupakan penyakit yang ketujuh tertinggi di kalangan kaum lelaki manakala bagi wanita pula ia merupakan penyakit yang ke-10.

Sebanyak 50 peratus daripada penduduk dunia sememangnya dijangkiti dengan bakteria helicobacter pylori dan 90 peratus masyarakat setempat akan mengalami sakit perut atau angin.
Mengikut statistik yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan, antara tahun 1997 hingga 2007, di Malaysia terdapat 13,539 kes dan setiap tahun lebih daripada 100 orang akan meninggal.
Jika dilihat tahun-tahun sebelum ini, terdapat 800 kes baru yang dikesan tetapi bermula daripada tahun 2000 jumlah tersebut telah meningkat sehingga 1,000 kes.

Peningkatan angka tersebut menurut Dr. Ramesh kerana di Malaysia sendiri kurang pendedahan diberikan kepada masyarakat mengenai kanser perut.
Berbicara dengan lebih lanjut mengenai kanser perut, jelas Dr. Ramesh lagi, secara amnya, inflamasi terjadi akibat jangkitan bakterium yang sama dengan ulser perut dan faktor-faktor lain yang menyumbang kepada gastritis termasuklah kecederaan traumatik dan penggunaan pil penahan sakit secara kerap.

Bagaimanapun ujar beliau lagi, gastritis juga boleh menyebabkan pendarahan di dalam perut tetapi ia jarang berlaku melainkan jika terdapat ulser.
Pendarahan di dalam perut akan menyebabkan pesakit muntah darah atau membuang najis yang hitam seakan tar di mana ia memerlukan penjagaan perubatan dengan segera.

Kanser perut, selain disebabkan oleh bakteria helicobacter pylori, ulas Dr. Ramesh, para penyelidik percaya bahawa amalan memakan makanan yang diawet, termasuklah makanan yang dikeringkan, disalai atau dijeruk juga menjadi punca kanser perut.
Tambahnya, negara Jepun adalah negara yang mempunyai kadar pesakit kanser perut yang tertinggi di dunia.
Beliau memberitahu, kelambatan diagnosis kanser perut merupakan masalah utama yang dihadapi oleh pakar perubatan dalam menangani kes kanser di Malaysia.

Ini disebabkan gejala kanser perut hanya timbul setelah ketumbuhan tersebut di tahap yang kronik dan terlalu lewat.
Bagaimanapun, kanser perut yang dikesan di peringkat awal (early gastric cancer) berpotensi untuk sembuh berbanding kanser perut peringkat lewat.
Untuk itu, Dr. Ramesh turut menasihatkan agar mengamalkan pemakanan yang seimbang dan sihat dalam menentukan tahap kesihatan masing-masing.
''Gaya hidup yang sihat dan amalan melakukan pemeriksaan usus dan perut sekali setahun merupakan langkah pencegahan yang paling efektif bagi mengelakkan nyawa daripada diragut penyakit itu,'' katanya.

Gamat Emas Sdn Bhd mempunyai produk yang dipanggil Bioseed yang boleh membantu masalah ini. Mengandungi 4 bahan utama iatu Plantago Ovata, Lactusbacillus (kuman baik), Ulmus Fulva, dan stichopuss hermanii (gamat emas) mampu untuk merawat individu yang bermasalah angin, ulser atau kanser dalam perut. Harga hanya RM110 sahaja mempunyai 30 sachet dibancuh dengan air suhu bilik( tidak boleh air suam atau panas) dan diminum sebelah pagi dan petang dalam keadaan perut kosong.Insyallah mujarabb..

Monday, June 20, 2011

Makan nasi biru dan budu di Melaka....

Salam perjuangan kepada Puan Safura...tahniah dan syabas kerana bersemangat di dalam perjuangan ini...Insyaallah segala pengorbanan pasti akan dapat balasan dari Allah SWT... Terima kasih kepada Tuan aziz sekeluarga kerana telah melayan kami dengan mesra dan menjamu dengan masakan dan lauk dari negeri Che siti wan kembang...memang sedapppp ..Terima kasih banyak2




Selamat Datang Puan Jun ke dalam keluarga besar Gamat Emas!!

Biar pun dimana akan kami sampaikan berita baik ini kepada masyarakat kerana ia merupakan ibadah demi memperjuangkan ekonomi ummah....Terima kasih Puan Jun kerana turut serta dalam perjuangan ini!



Kami berpeluang merasa kuih-kuih jualan Puan Jun yang sedap dan Air Batu Kacang yg lazat....Pasttiiiii Powerrr!!!

Tuesday, June 14, 2011

Perjuangan diteruskann....aktiviti Jentayu Group


Wahai rakaniaga usah jemu belajar...dapatkan ilmu sebanyak mungkin agar peniagaan semakin berkembang dan maju,,