Seminar Usahawan Cemerlang (SUC) II - City View Hotel, Kuala Lumpur









Salam Sejahtera,

Pada 24 hingga 26 Jun 2011 yang lalu, telah berlangsung Seminar Usahawan Cemerlang II (Rekrut) di Hotel City View, Kuala Lumpur. Seminar Usahawan Cemerlang II ini merupakan lanjutan dari Seminar Usahawan Cemerlang I kepada usahawan-usahawan Gamat Emas Sdn Bhd. Selepas mengikuti SUC Siri I dan II para usahawan akan menghadiri pula SUC III (Kepimpinan).

SUC I, II dan III ini merupakan mekanisme pengerak dan penjana modal insan di Gamat Emas Sdn Bhd (GESB)yang terletak di bawah tanggungjawab Akademi GESB. Tenaga-tenaga pengajarnya terdiri dari insan-insan hebat yang berpengalaman di dalam industri Multi Level Marketing dan insan-insan yang telah berjaya dalam industri ini.

Akademi GESB diterajui oleh Tuan Zuraidi Abd Rahman yang merupakan Master Trainer, Tuan Salleh Saadon, Pengurus Akademi GESB, Tuan Zamani Rafiee, Duta Emas 5 Bintang, Tuan Haji Wahi Selamat, Duta Emas 5 Bintang, Tuan Hakimi Mustafa, Duta Emas 3 Bintang serta dibantu oleh Tuan Musly dan Co-Trainer yang lain.

Dengan dibarisi oleh insan-insan hebat yang berpengalaman luas, Akademi GESB mempunyai visi dan misi dalam menjana modal insan di GESB mencapai matlamat menjadikan GESB sebagai Juara di persada langit MLM di Malaysia dan di peringkat Asia Pasifik.

Sepanjang saya mengikuti SUC II ini banyak ilmu seni perniagaan MLM saya pelajari dari tenaga pengajar Akademi GESB serta pemimpin-pemimpin GESB yang lain. Saya mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua peserta SUC II ini dan kekalkan momentum yang ada dalam mengejar impian menjadi GOLD AMMBASSADOR (Duta Emas).

Saya yakin dan percaya melalui sistem latihan yang sistematik dan melalui strategi yang betul, di tempat yang betul dan pada masa yang betul, GESB mampu mencapai misi dan visinya dalam masa yang singkat. Dengan komitmen setiap rakaniaga dan pemimpin yang bersatu bergerak dalam nada yang sederap serta nilai budi yang tinggi..Insyaallah Gamat Emas Sdn Bhd wadah perjuangan ekonomi Melayu Islam mampu berdiri sama tinggi dengan gergasi MLM yang sedia ada. Ayuh pejuang-pejuang GESB, perjuangan kita masih belum selesai, kita teruskan perjuangan dengan semangat padu dan jitu, merentasi segala rintangan dan cabaran menuju kepada matlamat yang satu menjadikan GESB juara di persada MLM di Malaysia dan Asia pasifik.

Kita kaya bukan mahu dilihat kaya tetapi kita mahu islam itu dilihat kaya. Sampai bila kita mahu hidup dalam keadaan tangan yang dibawah sedangkan Allah SWT mahu umat islam menjadi tangan yang di atas. Kerana sesungguhnya tangan yang di atas itu lebih mulia di sisinya.


Akhir kata, bulat air kerana pembetong, bulat kata kerana muafakat,hina besi karat hina manusia kerana melarat, pusing cawan sama cawan ikat galah dengan tali pasal lawan kita tetap lawan, mengaku kalah tidak sesekali..Jumpa anda di puncak kejayaan...PASSSSSSTIIII POWERRRRRRRRRR!!!

Comments

Popular posts from this blog

Jangan Ada Benci - Casey

SOAL JAWAB MENGENAI FEMMINA

Sebaik-baik Doktor Adalah Diri Sendiri