Posts

Showing posts from August, 2008

Aku Orang Johor

Image
Salam buat semua, disini ingin kuceritakan sedikit tentang latarbelakang diriku buat dkongsi bersama dan mudah2an kita akan lebih dekat dan silaturrahim kita semakin erat.

Aku dilahirkan di Telok Sengat Masai, Johor dari keluarga yang serba kekurangan. Ibu dan bapaku tidak pernah kenal erti kemewahan dan hidupnya sekadar kais pagi makan pagi dan kais petang makan petang. Mereka tidak pernah kenal apa itu Jusco, Meridian, dan apatah lagi yang dipanggil Mercedes Brabus. Namun, aku bersyukur kerana dilahirkan di dunia ini dan dapat mengenali anda semua melalui blog ini. Ibuku keturunan Bugis manakala bapaku berketurunan Jawa. Aku mempunyai 11 orang adik beradik dan aku anak yang ke 5.

Pada usiaku setahun setengah, aku telah dibawa ke Felda Taib Andak, Kulai oleh Atuk saudaraku (emak saudara emak aku) dan aku bersekolah rendah di Sekolah Kebangsaan Sinar Bahagia, Taib Andak Kulai. Sekolah yang sama dengan penyanyi popular tanahair Mawi. Aku membesar di dalam pesekitaran felda yang terdiri …

Jalan2 D Thailand

Image
Pada 16 -18 Mei 2008, kami sempat melancong ke Thailand dengan menaiki tren dari KL Sentral ke Padang Besar, Perlis. Dapatlah merasa pulut dan ayam goreng yang sedap tuuu..adalak yang sempat facial muka dan massage kat sana. Ada yang shopping sakan kat Padang Besar. Pasti Gamat.