Posts

Showing posts from October, 2008

Rumah Terbuka Idul Fitri 1429 Gamat Emas Sdn Bhd

Image
Gambar bawah (Dari kiri) Segak sungguh Ustaz Wan Hamidi, Handsome sungguh Dr Syid Ayob, Tampan sungguh Encik Mat Hashim, Kacaknya En Salleh Sadon dan macho sungguh Hj Asmuin di hari raya....Encik Salleh jer yg masih soloo...he he he.Yang lain belum kahwin lagiiii...satu.

Pada 25 Oktober 2008, Sabtu, GESB telah mengadakan Majlis Rumah Terbuka untuk rakaniaga, usahawan, Pusat Jualan Utama (PJU), Stokis-stokis dan juga warga GESB bertempat di Ibu Pejabat GESB di Mines Water Front Business Park, Seri Kembangan. Berikut adalah gambar-gambar yang sempat dirakamkan:-


Kalau nak buat pesanan untuk G. Cafe Original (warna coklat), G Cafe (warna merah) dan G Cafe Pegaga (warna hijau) bolehlah buat pesanan di talian 019 2781665.


Gambar atas menunjukkan Encik Jumari (Pegawai Zon GESB) dan Puan Junidah (pegawai Khidmat Pelanggan GESB) yang banyak memberikan sokongan di dalam menjayakan perniagaan ini. Kedua-duanya memang berbakat besar dan akan menyertai Akademi Fantasia ke 7.. he he hee


Gambar di at…

Jualan Langsung - Mengapa Terpedaya?

Salam perjuangan,

Hari ini terdapat pelbagai produk-produk jualan langsung berada di pasaran. Samada dihasilkan di dalam negeri mahupun dari luar negara. Begitu juga dengan syarikat jualan langsung yang tumbuh bagaikan cendawan. Setiap hari ada saja syarikat jualan langsung baru didaftarkan di SSM. Keadaan yang sama juga berlaku bagi syarikat jualan langsung yang tutup operasinya. Bagi masyarakat yang tidak begitu mengenali dan memahami selok belok perniagaan jualan langsung, mereka sering tertipu dan terpedaya dengan agen/wakil syarikat jualan langsung yang kononnya menyediakan ganjaran pendapatan yang lumayan dan mampu menjadi jutawan dalam masa yang singkat. Sudah menjadi perkara yang lumrah, kita akan mudah terpedaya dan teruja dengan tawaran/ganjaran lebih-lebih lagi dengan penerangan yang meyakinkan oleh agen/wakil tersebut. Maklumlah ganjaran yang ditawarkan mampu mengubah gaya hidup dan mendapat apa yang diimpikan. Lebih-lebih lagi apabila dimaklumkan bahawa perniagaan ini ti…