Posts

Showing posts from February, 2009

Air Mata Pejuang

Air Mata Pejuang

Entah berapa lama lagi
Mampu ku tahan air mata ini dari berlinangan
Menghadapi cubaan demi cubaan
Ujian demi ujian yang mendatang
Cabaran yang datang depan dan belakang
Bersama musuh dan kawan
Bersama teman sepermainan
Malah dari insan-insan tersayang
Dari jiwa sendiri yang menentang

Kepedihan lama masih terasa
Kelukaan lama masih berparut
Kegagalan lama sering mengingatkan
Menarik diri ini ke belakang
Menghalang setiap langkah yang diatur
Setiap rencana dan usaha sentiasa terhalang

Dengki dan iri silih berganti
Alasan demi alasan memadamkan harapan
Ruang yang ada dikosongkan
Peluang yang ada dilepaskan
Kekecewaan dan kelukaan tidak tertahankan
Kesilapan dan kelemahan diri menjadi beban
Air mata berlinang tanpa sebarang pengertian

Entah berapa lama mampu ku bertahan
Melihat pemimpin air matanya bergenang
Melihat bangsanya yang lemah di lautan MLM yang terbentang
Yang seluruh tenaganya dikeluarkan
Hanya untuk melihat bangsanya menang

Air mata ini pejuang akan terus berlinang
Selagi tiada kete…

Syed Mokhtar: Pesanan ibu bawa berkat

Oleh HELMI MOHD FOAD
PUTRAJAYA 10 Jan. – Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary, 56, yang diumumkan sebagai Tokoh Maal Hijrah 1429 akan sentiasa mengingati pesanan ibunya, Sharifah Rokiah Syed Abdullah supaya menyumbangkan separuh daripada pendapatannya bagi membantu golongan kurang berkemampuan.

Beliau berkata, separuh daripada pendapatan pertama ketika membantu bapanya, Syed Nor Albukhary berniaga lembu sebanyak RM1,500 ketika tahun 60-an telah diserahkan kepada ibunya yang kemudian memintanya mengagihkan wang itu kepada 15 keluarga miskin di Alor Star, Kedah.

‘‘Saya guna pesanan ibu itu supaya separuh daripada pendapatan diberikan kepada orang kurang mampu, itulah yang telah memberikan saya keinsafan. ‘‘Malah sampai sekarang, sumbangan kepada 15 keluarga tersebut terus diberikan, kalau yang meninggal dunia diganti dengan orang lain.

‘‘Tuhan sudah memberikan segala nikmat, semuanya saya dah rasa, apa lagi yang kita mahu, maka nikmat itu perlu digunakan bagi faedah kepada orang ramai terutam…

Cuti-Cuti Singapura

Salam Sejehtera, pada 26 - 28hb Disember 2008 yang lalu, saya bersama keluarga (Azmawati dan Aina Sabrina)sempat melawat Singapura untuk bertemu dengan rakaniaga di kota singa itu yang juga merupakan stokis Singapura. Kami menaiki keretapi dari KL Sentral lebih kurang jam 10 malam dan tiba di Stsen Keretapi Tanjong Pagar lebih kurang jam 8.00 pagi. Setibanya kami di Stesen Tg Pagar, Saudara Johari Sukiman (Abg Jo) dan Puan Sakyah (Kak Sakyah)menyambut kami dan kami minum pagi bersama2 di stesen keretapi Tg Pagar. Sedap jugak nasi lemak dan kuih sagu di situ...memang sedap Pasti Gerek!

Kami kemudiannya dibawa ke rumah Abg Jo di Cashew Road, Bukit Panjang Singapura. Setelah mandi bersiap kami dibawa ke Hotel Classic 81 yang terletak di Geylang Serai dan kami pun check in. Selepas check ini kami dibawa makan tengahari di Restoran Hajah Maimunah (Restoran Padang) yang terletak sebaris dengan hotel penginapan kami. Makanan di sini memang pelbagai cita rasa dan banyak pilihan. Abg Jo telah …