Ukhuwwah Network Group

Ukhuwwah Network Group
Cuti2 Melbourne, Australia 2016

Wednesday, May 25, 2011

NDT Bera, Pahang

Alhamdulillah, Kursus New Distributor Training (NDT) di Bera Pahang untuk rakaniaga di Pahang. Sedutan peristiwanya ialah seperti berikut:-




Sunday, May 22, 2011

Malam Juara 2011 Gamat Emas - Saat2 Manis




Kisah Benar

Kisah benar kali ini mengisahkan seorang rakaniaga yang bertugas di salah sebuah syarikat milik kerajaan di Kuala Lumpur. Beliau dpertemukan dengan Gamat Emas oleh isteri saya Puan Azmawati di pejabat beliau. Beliau yang menghadapi masalah melecur di bahagian lengan tangannya telah cuba berjumpa Doktor dan diberikan krim untuk merawati tangannya namun tidak juga nampak tanda-tanda penyembuhan. Beliau juga telah menggunkan minyak gamat yang berwarna hitam tetapi tiada tanda-tanda pemulihan.

Namun selang berminggu, kesan melecurnya tidak baik malah semakin teruk. Puan Azmawati telah mengesyorkan kepada beliau untuk menggunakan krim gamat. Alhamdulillah, suatu keajaiban dan kehebatan produk gamat emas, selepas satu hari beliau menggunakan krim gamat kesan melecur telah kering dan memperlihatkan tanda-tanda penyembuhan. Beliau merasa syukur dan lega kerana tidak perlu risau lagi untuk mengenakan pakaian pengantin nanti. Beliau kini telah pun mendaftar sebagai Ahli dan bergiat aktif. Berikut adalah gambar yang diambil semasa dan selepas menggunakan krim gamat:




Malam Juara Zon Tengah 2011

Alhamdulillah, Malam Juara Zon Tengah 2011 telah pun selesai disempurnakan pada 21 Jun 2011, Jam 8.30 malam di Hotel KL International, Kuala Lumpur.

Setinggi-tinggi terima kasih kepada semua pihak yang mengorbankan masa dan tenaga membantu menjayakan Malam Juara 2011 ini. Kepada penerima Anugerah dan Pemenang Cabutan Bertuah diucapkan Tahniah dan Syabas. Teruskan perjuangan ini demi memartabatkan ekonomi ummah. Berikut adalah sebahagian detik waktu yang dapat dirakamkan pada Malam Juara tersebut:





Group Meeting

Salam Sejahtera, dalam menjalankan perniagaan MLM, group meeting adalah penting. Group Meeting adalah perjumpaan di antara pemimpin dgn rakaniaga bagi membincangkan strategi perniagaan, membantu menyelesaikan masalah dan memberikan latihan kepada rakaniaga di bawah. Selain itu Group Meeting adalah mekanisme duplikasi dilakukan disamping merapatkan ukhuwah sesama rakaniaga.

Berikut adalah contoh Group Meeting, yang dilakukan oleh Ustazah Marlizza yang diadakan di Cheras Baru,




Wednesday, May 18, 2011

Ibu Pejabat Gamat Emas dan Peta Lokasi

C3 Spriluna Pemakanan Lengkap dan Anti Kanser




C3 Spriluna Gamat Emas merupakan pemakanan lengkap yang mengandungi Vit A hingga Vit K. Mengandungi 3 c iaitu C1 = Vitamin c, C2 = Co Enzym Q10 makanan jantung dan pengecas sel C3 = Cholorofil tumbuhan hijau yang menyamai struktur darah merah manusia. Bertindak juga sebagai pencuci darah dan rasa yang sedap.Boleh diminum seisi keluarga samada dalam bentuk pekat atau dibancuh dengan air. Cubalaahh....

Bersihkan usus anda dahulu,,,,barulah sihat!!

Bertemu Kembali

Salam Sejahtera, sekian lamanya saya tidak mengemaskini blog saya kini kita bertemu kembali menyegarkan ingatan dan mengeratkan perhubungan. Sedikit perubahan dilakukan terhadap blog saya. Oleh kerana PJU Shah Alam tidak lagi beroperasi maka blog ini saya namakan Gamat Emas Kuala Lumpur.

Alhamdulillah, dengan izinNYa saya masih lagi bertahan di dalam perniagaan MLM Gamat Emas ini. Walaupun banyak cabaran dan dugaan saya perlu tabah kerana perjalanan saya masih jauh. Walaupun saya telah mencapai tahap Duta Emas namun banyak perkara saya perlu belajar dari pemain-pemain MLM sebenar yang telah pun berjaya.

Gamat Emas Sdn Bhd semakin berkembang dengan kehadiran pemimpin-pemimpin baru khususnya dari Bumi Cik Siti Wan Kembang Kelantan yang telah melonjakkan jualan syarikat. Kehadiran Encik Zuraidi Abdul Rahman, insan yang dinaikkan martabat ke Pengarah Akademi GESB telah menyuntik semangat dan idea baru ke dalam GESB. GESB telah mencatat sejarah kerana mencapai jualan RM2 juta pada bulan April 2011 yang lalu. Saya ingin merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada pemimpin dan kumpulan dari Kelantan kerana telah memberikan gelombang baru dalam GESB. Banyak perkara yang ingin saya pelajari dari kehebatan yang mereka miliki.

Bagi pemimpin-pemimpin yang lama tahniah diucapkan kerana masih mampu bertahan walaupun adakalanya kita merasakan ketidakseimbangan dan ketidakselesaan dengan kehadiran pemimpin-pemimpin baru. Kita hendaklah mengiktiraf kejayaan mereka dan pelajari dari mereka. Kita perlu bersatu dalam saf yang sama bergerak dengan langkah yang sederap kerana apa yang kita perjuangkan bukanlah untuk kita tetapi untuk GESB yang menjadi lambang dan bukti bahawa Syarikat MLM Bumiputera Melayu Islam ini mampu bertahan dan mampu bersaing dengan syarikat-syarikat MLM bangsa asing. Cukuplah momokan dan sindiran yang diberikan bahawa syarikat MLM Melayu tidak akan bertahan lama dan lebih sedih lagi hinaan itu datangnya dari saudara seagama dan sebangsa dengan kita.

Teruskanlah sahabatku..patah sayap bertongkat paruh, patah paruh bertongkat siku, patah siku bertongkat dagu...ayuh kita teruskan perjuangan ini hingga ke akihrnya..

Salam
Duta Emas
Suhaimi Ali