Bertemu Kembali

Salam Sejahtera, sekian lamanya saya tidak mengemaskini blog saya kini kita bertemu kembali menyegarkan ingatan dan mengeratkan perhubungan. Sedikit perubahan dilakukan terhadap blog saya. Oleh kerana PJU Shah Alam tidak lagi beroperasi maka blog ini saya namakan Gamat Emas Kuala Lumpur.

Alhamdulillah, dengan izinNYa saya masih lagi bertahan di dalam perniagaan MLM Gamat Emas ini. Walaupun banyak cabaran dan dugaan saya perlu tabah kerana perjalanan saya masih jauh. Walaupun saya telah mencapai tahap Duta Emas namun banyak perkara saya perlu belajar dari pemain-pemain MLM sebenar yang telah pun berjaya.

Gamat Emas Sdn Bhd semakin berkembang dengan kehadiran pemimpin-pemimpin baru khususnya dari Bumi Cik Siti Wan Kembang Kelantan yang telah melonjakkan jualan syarikat. Kehadiran Encik Zuraidi Abdul Rahman, insan yang dinaikkan martabat ke Pengarah Akademi GESB telah menyuntik semangat dan idea baru ke dalam GESB. GESB telah mencatat sejarah kerana mencapai jualan RM2 juta pada bulan April 2011 yang lalu. Saya ingin merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada pemimpin dan kumpulan dari Kelantan kerana telah memberikan gelombang baru dalam GESB. Banyak perkara yang ingin saya pelajari dari kehebatan yang mereka miliki.

Bagi pemimpin-pemimpin yang lama tahniah diucapkan kerana masih mampu bertahan walaupun adakalanya kita merasakan ketidakseimbangan dan ketidakselesaan dengan kehadiran pemimpin-pemimpin baru. Kita hendaklah mengiktiraf kejayaan mereka dan pelajari dari mereka. Kita perlu bersatu dalam saf yang sama bergerak dengan langkah yang sederap kerana apa yang kita perjuangkan bukanlah untuk kita tetapi untuk GESB yang menjadi lambang dan bukti bahawa Syarikat MLM Bumiputera Melayu Islam ini mampu bertahan dan mampu bersaing dengan syarikat-syarikat MLM bangsa asing. Cukuplah momokan dan sindiran yang diberikan bahawa syarikat MLM Melayu tidak akan bertahan lama dan lebih sedih lagi hinaan itu datangnya dari saudara seagama dan sebangsa dengan kita.

Teruskanlah sahabatku..patah sayap bertongkat paruh, patah paruh bertongkat siku, patah siku bertongkat dagu...ayuh kita teruskan perjuangan ini hingga ke akihrnya..

Salam
Duta Emas
Suhaimi Ali

Comments

Popular posts from this blog

Jangan Ada Benci - Casey

SOAL JAWAB MENGENAI FEMMINA

Sebaik-baik Doktor Adalah Diri Sendiri