Pembukaan Pusat Latihan & Stokis, Chemor Ipoh

Salam Sejahtera dan Selamat Menjalani Ibadah Puasa serta Selamat Menyambut Idul Fitri yang tinggal beberapa hari lagi.

Alhamdulillah, syukur kepada Allah SWT kerana dengan izin dan rahmatnya kita masih bernafas dan bernyawa ketika ini untuk kita sama-sama meneruskan kehidupan dan berjuang dalam perniagaan Gamat Emas Sdn Bhd ini.

Buat rakaniaga yang dikasihi, Alhamdulillah, Stokis Chemor Ipoh telah pun beroperasi mulai bulan Ogos 2011. Tahniah kepada Puan Norziah, Puan Faizah dan Encik Al Hatta kerana berjaya mewujudkan stokis di Chemor. Ucapan tahniah dan syabas sekali lagi buat Puan Faizah dan suami Al Hatta kerana telah menjayakan Seminar Usahawan Cemerlang 1 (SUC) dengan jayanya pada 14 Ogos 2011 yang lalu julung-julung kalinya SUC 1 diadakan di Ipoh dan di dalam bulan Ramadhan. SUC 1 di Ipoh telah pun diadakan di Hotel Sri Malaysia Ipoh dengan kehadiran peserta 40 orang. Sesunggunya bulan puasa bukanlah alasan untuk kita terus berjuang dan berseminar.

Terima kasih juga kepada rakaniaga-rakaniaga di Ipoh yang telah memberikan kerjasama dan kesungguhan yang baik dalam setiapa aktiviti yang dijalankan. Terima kasih kepada akademi GESB yang diterajui oleh Tuan Zuraidi Abdul Rahman (Master Trainer), Encik Salleh Sadon, Pengurus Akademi GESB, Encik Musli dan Encik Jumari, Training Coordinator yang berkorban masa dan tenaga membakar diri demi menerangi hidup orang lain. Hanya Allah SWT sahaja yang mampu membalasnya.

Selain itu, Stokis Chemor telah menerima kunjungan dari warga Akademi GESB pada 14 Ogos 2011 yang lalu. Sama-sama kita doakan agar kejayaan demi kejayaan akan tercipta hasil dari pengorbanan pemimpin-pemimpin di Chemor.

berikut adalah gamabar-gambar sepanjang program berlangsung untuk tatapan rakaniaga sekelian.













Comments

raden_73 said…
wow terbaek.....jgn lupa sertai preview bersama Ustz Wan Hamidi di Pusat Latihan & Stockis Chemor Ipoh pd 2 Ogos 2012

Popular posts from this blog

Jangan Ada Benci - Casey

SOAL JAWAB MENGENAI FEMMINA

Sebaik-baik Doktor Adalah Diri Sendiri