Ukhuwwah Network Group

Ukhuwwah Network Group
Cuti2 Melbourne, Australia 2016

Thursday, October 16, 2008

Rumah Terbuka Idul Fitri 1429 Gamat Emas Sdn Bhd

Gambar bawah (Dari kiri) Segak sungguh Ustaz Wan Hamidi, Handsome sungguh Dr Syid Ayob, Tampan sungguh Encik Mat Hashim, Kacaknya En Salleh Sadon dan macho sungguh Hj Asmuin di hari raya....Encik Salleh jer yg masih soloo...he he he.Yang lain belum kahwin lagiiii...satu.


Pada 25 Oktober 2008, Sabtu, GESB telah mengadakan Majlis Rumah Terbuka untuk rakaniaga, usahawan, Pusat Jualan Utama (PJU), Stokis-stokis dan juga warga GESB bertempat di Ibu Pejabat GESB di Mines Water Front Business Park, Seri Kembangan. Berikut adalah gambar-gambar yang sempat dirakamkan:-



Kalau nak buat pesanan untuk G. Cafe Original (warna coklat), G Cafe (warna merah) dan G Cafe Pegaga (warna hijau) bolehlah buat pesanan di talian 019 2781665.



Gambar atas menunjukkan Encik Jumari (Pegawai Zon GESB) dan Puan Junidah (pegawai Khidmat Pelanggan GESB) yang banyak memberikan sokongan di dalam menjayakan perniagaan ini. Kedua-duanya memang berbakat besar dan akan menyertai Akademi Fantasia ke 7.. he he hee


Gambar di atas menunjukkan stokis-stokis di bawah rangkaian saya, tengah berbaju merah ialah Kak Sakyah (Stokis Singapura), sebelah kanan Kak Sakyah adalah isteri saya Stokis Bangsar, sebelah kanan isteri saya ialah Puan Hamidah berbaju oren (Stokis Masjid Tanah, Melaka) dan sebelah kanan puan Hamidah ialah Puan Orni Hashim (Stokis Kg Baru, KL) dan sebelah kanan beliau adalah Puan Haliza Shafie (Stokis Shah Alam). Terima kasih diucapkan kepada semua stokis-stokis di bawah rangkaian saya yang telah sudi hadir dan memberikan komitmen di dalam perjuangan memartabatkan produk bangsa ini.



(Dari kiri) Puan Sakyah (stokis Singapura), Puan Orni (Stokis Kg Baru), Puan Hamidah (Stokis Masjid Tanah) dan Puan Azmawati (isteri) Stokis Bangsar sedang berposing di kaunter GESB.

Gambar menunjukkan leader hebat kami Ustaz Wan Hamidi Wan Mat dan keluarga sedang menjamu selera daging kambing panggang.. udah-udah lah tu Ustaz he he ..

Wahhhh.. Encik Malek dan Puan Siti Zubaidah (isteri) berselera nampaknyerrr.... nak bawak ke mana juadah tuu...cukup kerr??? he he he Pasti Gamat!

Semoga GESB lebih maju dan cemerlang pada masa akan datang.










































































Monday, October 6, 2008

Jualan Langsung - Mengapa Terpedaya?

Salam perjuangan,

Hari ini terdapat pelbagai produk-produk jualan langsung berada di pasaran. Samada dihasilkan di dalam negeri mahupun dari luar negara. Begitu juga dengan syarikat jualan langsung yang tumbuh bagaikan cendawan. Setiap hari ada saja syarikat jualan langsung baru didaftarkan di SSM. Keadaan yang sama juga berlaku bagi syarikat jualan langsung yang tutup operasinya. Bagi masyarakat yang tidak begitu mengenali dan memahami selok belok perniagaan jualan langsung, mereka sering tertipu dan terpedaya dengan agen/wakil syarikat jualan langsung yang kononnya menyediakan ganjaran pendapatan yang lumayan dan mampu menjadi jutawan dalam masa yang singkat. Sudah menjadi perkara yang lumrah, kita akan mudah terpedaya dan teruja dengan tawaran/ganjaran lebih-lebih lagi dengan penerangan yang meyakinkan oleh agen/wakil tersebut. Maklumlah ganjaran yang ditawarkan mampu mengubah gaya hidup dan mendapat apa yang diimpikan. Lebih-lebih lagi apabila dimaklumkan bahawa perniagaan ini tidak perlukan kita menjual, menaja dan membantu yang menjadi elemen penting dalam MLM. Hanya yang perlu ialah 4D, Duduk Diam Dapat Duit. Maka ramailah di kalangan kita yang sanggup membuat pinjaman dari institusi kewangan semata-mata ingin menyertai syarikat berkenaan. Tidak perlu bersusah payah berkorban masa dan tenaga cuma tunggu cukup bulan dapat duit. Inilah penyakit yang meresap dan meracuni pemikiran dan hati-hati kita khususnya orang Melayu. Bulan pertama kita digula-gulakan dengan bonus yang besar, begitu juga bulan ke dua. ke tiga dan ke empat. Habis seluruh ahli keluarga, sanak saudara dan kawan-kawan dijajanya tentang kehebatan perniagaannya dan mereka juga terpengaruh dan juga turut serta. Namun, panas yang disangka sampai ke petang rupanya hujan di tengahri. Masuk bulan ke 5, 6 dan seterusnya bonos yang ditunggu tidak kunjung tiba. Syarikat mula memikirkan alternatif lain untuk mencapai keuntungan dan tutup perniagaan dan memulakan perniagaan atas nama syarikat yang baru. Mengapa kita mudah terpedaya? Tidak ada jalan singkat untuk berjaya. Kita perlu berusaha, kita perlu berkorban, kita perlu berani menghadapi rintangan, bersusah payah dan barulah kejayaan kita mempunyai nilai yang tinggi....sambung di siri akan datang. Pasti Gamat!!!