Jalan2 Cari Mentimun Laut D'Sabah





































Pada 19 hingga 21 Julai 2008 yang lalu, kami telah melancong ke Sabah untuk melihat negeri di bawah bayu itu. Kami sempat pergi ke Pasar Ikan Masin di Kota Kinabalu yang menjual pelbagai jenis/spesis mentimun laut. Namun malangnya tiada satu pun yang merupakan gamat emas atau Stichopus hermanii. Walaupun ia merupakan mentimun laut dan bukan gamat tetapi harganya agak mahal iaitu sekitar RM 280 -380 sekilo. Mentimun laut ini telah dikeringkan dan menjadi makanan orang-orang sabah yang tahu tentang khasiatnya. Namun kehebatannya tidak dapat menandingi Gamat Emas.

Comments

Popular posts from this blog

Jangan Ada Benci - Casey

SOAL JAWAB MENGENAI FEMMINA

Sebaik-baik Doktor Adalah Diri Sendiri