Ukhuwwah Network Group

Ukhuwwah Network Group
Cuti2 Melbourne, Australia 2016

Wednesday, July 1, 2015

TESTIMONI - KESAN PEMULIHAN DARI PEMAKANAN PRODUK GAMAT EMAS SDN BHD

Sepanjang lebih 10 tahun bersama GESB banyak pengalaman yang dilalui dalam memasarkan produk gamat emas. Melalui pengalalaman2 itu jelas menguatkan keyakinan saya mengenai kehebatan produk2 gamat emas. Berikut adalah sebahagian testimoni yang dikumpulkan untuk dikongsikan di dalam blog ini.







Produk BIO-H produk yang ditambah nilai dan kehebatannya.


Produk Terbaru - Susu Kambing + 9 Makanan Sunnah

Alhamdulillah, GESB telah mengeluarkan produk terbaru susu kambing dengan campuran 9 makanan sunnah. Rasanya sedap dan tiada berbau hamis dan penuh khasiat menjadikan produk ini seperti goreng pisang panas. Bagi kaum wanita  yang merasakan bimbang bayi mereka menghidap jaundis atau demam kuning adalah sangat bagus mengamalkan produk ini semasa mengandung.  
 

Gamat Gemilang 2015 - gambar2














Gamat Gemilang 2015

Gamat Gemilang 2015 telah diadakan pada 30 Mei 2015 di Putrajaya Convention Centre bagi memberi pengiktirafan kepada rakaniaga GESB yang mencapai kenaikan pangkat ke Duta Emas/Gold Ambassador. Berikut adalah gambar yang sempat dirakamkan pada malam tersebut.






Program yang dianjurkan oleh Ukhuwwah Network Group di MH Hotel Sg Siput Perak pada tahun 2014.

Menyegari semula Blog Gamat Emas Kuala Lumpur

Salam Sejahtera dan Salam Ukhuwwah. Alhamdulillah, setelah lama saya menyepi dari dunia blogger kini saya kembali mengisi ruang masa yang ada untuk menyegari semula Blog Gamat Emas Kuala Lumpur. Alhamdulillah, tahun 2015 genap saya bersama dengan Gamat Emas Sdn Bhd sebagai pengedar dan usahawan Multi Level Marketing. Suka dan duka saya harungi bersama isteri saya dalam tempoh tersebut hinggalah ke hari ini. Bagi tempoh 10 tahun banyak kejayaan yang telah saya dan isteri nikmati. Kejayaan yang paling besar dan bermakna ialah apabila saya, isteri dan anak perempuan saya dapat menunaikan umrah secara percuma melalui pelan bonus yang disediakan oleh pihak syarikat Gamat Emas sdn Bhd (GESB)pada tahun 2014. Kini, GESB semakin berkembang dan telah melebarkan sayap ke Asia Tenggara seperti Indonesia, Thailand dan Brunei. Pemimpin-pemimpin semakin ramai dan jumlah usahawan semakin meningkat saban hari.

Saya juga merasa bangga kerana GESB yang merupakan Syarikat Melayu Bumiputera Islam ini dapat bertahan di pasaran Multi Level Marketing selama lebih 15 tahun. Ini adalah hasil kebijaksanaan pihak Lambaga Pengarah dan Pengurusan GESB dalam mengendalikan urus tadbir korporat dengan baik. Yang lebih membanggakan saya ialah apabila lahir pemimpin-pemimpin dan usahawan-usahawan di bawah rangkaian saya yang telah menempa nama mereka tersendiri di dalam GESB. Selain isteri saya sendiri Puan Azmawati Arif yang mencapai tahap Duta Emas Satu Bintang, telah lahir Puan Faaiza Ahmad Zar yang kini berpangkat Duta Emas 2 Bintang dan mendapat pengiktirafan Top Distributor Of The Year selama dua tahun berturut-turut (2014 & 2015) diikuti suami beliau Saudara Al Attar Khalil, berpangkat Duta Emas yang mana mereka telah berjaya membuka Pusat Jualan Utama GESB Chemor, Perak. Kemudian lahir seorang pemimpin hebat yang dulunya amat benci dan meluat dengan perniagaan MLM kerana pengalalamannya yang lepas iaitu Saudara Ismail Sahari. Beliau adalah seorang yang sangat berani dan sanggup melepaskan jawatan tetap kerajaan untuk sepenuh masa dalam perniagaan GESB. Saudara Ismail Sahari kini berpangkat Duta Emas satu bintang dan telah melahirkan Duta Emas di bawahnya iaitu Puan shahidah Abu Bakar dari Gerik, Perak. Jumlah Duta Emas yang telah lahir di bawah rangkaian saya setakat ini ialah 6 orang.

Semoga GESB akan terus cemerlang dan gemilang sebagai wadah perjuangan meningkatkan ekonomi ummah. Buat semua rakaniaga di bawah rangkaian Ukhuwwah Network saya mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih di atas segala komitmen yang diberikan dan saya amat menghargai semangat perjuangan anda semoga ikatan persaudaraan kita semakin erat demi perjuangan ini. Disini saya ingin mengambil kesempatan mengucapkan Selamat Menjalani Ibadah Puasa dan Selamat menyambut Idul Fitri. Pohon kemafaan jika ada salah dan silap. Hina besi kerana karat hina manusia kerana melarat, bulat air kerana pembetung bulat kata kerana muafakat. Assalamualaikum Wr. Wbt.