Tahun 2010 - Ke Mana Arahnya?
Salam sejahtera, setiap saat, setiap minit dan setiap jam yang berlalu mengandungi pelbagai rencah dalam kehidupan. Berselang seli suka, duka tangis dan tawa. Siapa pun kita dan di mana kita berada pastinya kita akan melalui rencah kehidupan ini. Setiap manusia yang bergelar insan dibekalkan dengan akal, hati dan perasaan. Namun, ada di antara kita yang lebih banyak berduka dari tawa dalam hidupnya. Ada yang lebih gembira dan tawa dan hanya sedikit duka. Kedua-duanya adalah rezeki. Kita perlu yakin bahawa apa yang berlaku adalah dengan izin Allah SWT jua.
Kini tahun 2010 telah pun menjelma. Tahun 2009 telah pun berlalu. Apabila kita menoleh ke belakang jejak-jejak kaki kita sepanjang 2009 rupanya banyak sungguh rencah kehidupan yang telah kita lalui. Walaupun ia kini sekadar menjadi memori namun ia akan terpahat di lubuk hati dan pemikiran kita. Menjadikan kita akan tersenyum mengenangkannya kembali tatkala sunyi.
Kini sudah hampir 4 tahun saya bersama Gamat Emas Sdn Bhd. Walaupun dalam keadaan yang sukar bergelumang dengan karenah kerja hakiki, saya teruskan jua perjuangan dalam perniagaan sambilan ini. Di gamat emas, ia punyai karenahnya sendiri. Menjual, mempromosi produk sudah menjadi aktiviti rutin setiap masa yang terluang. Melayan pelanggan dan juga rakaniaga juga punyai pelbagai karenah. Sudah menjadi hukum perniagaan ada kalanya hasilnya lumayan adakalanya hasilnya mengecewakan. Adakalanya berselisih faham dengan rakaniaga dan adakalnya berbaik semula. Inilah rencah kehidupan ini.
Tahun 2010, adalah harapan saya untuk mencapai Duta Emas. Biarpun cahaya kejayaan masih samar-samar namun saya percaya bahawa di hujung terowong yang gelap ini pasti ada cahaya terang yang menanti. Dalam masa yang masa yang sama saya merasa sedih kerana rakan-rakan dan sahabat-sahabat yang dulu sama-sama mendaki, sama-sama berenang, sama-sama menyelusuri terowong yang gelap ini tiada lagi bersama dengan saya. Ada yang lemas, ada yang tersesat, ada yang penat dan lelah lantas membawa haluan sendiri. Apakah saya juga akan menerima nasib yang sama?. Disini tiada tempat untuk saya berharap dan mengadu selain dari Allah SWT. Hanya Dia yang tahu apa yang terdapat di dasar lautan hati saya. Semoga Allah SWT sentiasa memberikan kasih sayang dan melindungi saya di dalam mengharungi rencah 2010 dan seterusnya.
Buat isteri dan anak tersayang, terlalu banyak perngorbanan yang kelian berikan. Mintalah balasannya dari Allah SWT kerana suami/ayahmu ini tidak mampu untuk membalasnya dan tiada pengukuran yang dapat dijadikan sandaran. Buat rakaniaga samada di atas ataupun di bawah, jasa dan pengorbanan kelian tidak akan saya lupakan. Teruskanlah melangkah dan pohon kemaafaan sekiranya pernah dengan tidak sengaja menyakiti hati kelian, percayalah jauh di sudut hati ini ingin melihat anda berjaya.
Semoga tahun 2010, kita sama-sama menuju mencapai kejayaan demi kejayaan dunia dan juga akhirat. Sekian.
Salam Mawaddah Excel

Comments