Tahun 2010 - Ke Mana Arahnya?
Salam sejahtera, setiap saat, setiap minit dan setiap jam yang berlalu mengandungi pelbagai rencah dalam kehidupan. Berselang seli suka, duka tangis dan tawa. Siapa pun kita dan di mana kita berada pastinya kita akan melalui rencah kehidupan ini. Setiap manusia yang bergelar insan dibekalkan dengan akal, hati dan perasaan. Namun, ada di antara kita yang lebih banyak berduka dari tawa dalam hidupnya. Ada yang lebih gembira dan tawa dan hanya sedikit duka. Kedua-duanya adalah rezeki. Kita perlu yakin bahawa apa yang berlaku adalah dengan izin Allah SWT jua. Kini tahun 2010 telah pun menjelma. Tahun 2009 telah pun berlalu. Apabila kita menoleh ke belakang jejak-jejak kaki kita sepanjang 2009 rupanya banyak sungguh rencah kehidupan yang telah kita lalui. Walaupun ia kini sekadar menjadi memori namun ia akan terpahat di lubuk hati dan pemikiran kita. Menjadikan kita akan tersenyum mengenangkannya kembali tatkala sunyi. Kini sudah hampir 4 tahun saya bersama Gamat Emas Sdn Bhd. Walaupun dal