TENTANG FEMMINA

Femmina ialah sejenis pemakanan tambahan unik yang menggabungkan formulasi terkini terdiri daripada 3 sumber phytoestrogen semulajadi dari 3 buah negara berasingan iaitu Pueraria mirifica (Thailand), Labisia pumila (Malaysia) dan Asparagus racemosus (India). Khasiat phytoestrogen adalah satu anugerah kepada wanita kerana ia bertindak seperti estrogen iaitu hormon wanita yang menyokong kesan estrogenik kepada organ khusus wanita seperti payudara, rahim dan ovari. Bagi wanita yang berumur, mereka akan mengalami perubahan dramatik disebabkan oleh penurunan tahap estrogen. Sistem dan fungsi tubuh badan akan menurun yang seterusnya akan memberi perubahan dari sudut fisiologi dan psikologi. Phytoestrogen membantu dengan memperbetulkan kekurangan estrogen dan mengembalikan kestabilan hormon. Faedahnya dapat melindungi wanita dari penyakit kardiovaskular, meredakan kesan putus haid seperti mengurangkan rasa panas badan, mengatasi kekeringan faraj dan kencing tidak terkawal, menghindari perubahan mood, mengembalikan fungsi dan keinginan seksual, melindungi dari osteoporosis serta mencantikkan kulit.

Phyto bermaksud tumbuhan. Ianya selamat dan memiliki pelbagai khasiat kesihatan. Kesan awet mudanya akan menyerlah dan menyerikan sifat-sifat kewanitaan pengamalnya di samping memastikan kecantikan kulit sentiasa terpelihara.


PUERARIA MIRIFICA

Tumbuhan herba yang berasal dari Thailand dan Myanmar ini dikatakan sebagai herba awet muda adaptogenik yang mengandungi sehingga 13 jenis unsur kimia yang diklasifikasikan sebagai phytoestrogen antaranya miroestrol, daidzein, genistin, genistein, B-sitosterol, coumestrol, pueraria, compestrol, mirificoumestan, kwakhurin dan mirificin. Seperti yang diwartakan oleh Luang Anusan Suantara pada tahun 1931, Pueraria mirifica berupaya:
 Memberi khasiat awet muda.
 Berkesan membasmi kedutan kulit.
 Menghitamkan uban dan menggalakkan penumbuhan rambut.
 Mengatasi masalah rabun mata.
 Membantu menghindari kelemahan daya ingatan.
 Memberi kesegaran dan membantu ketangkasan pergerakan.
 Meningkatkan tenaga.
 Melancarkan aliran darah.
 Meningkatkan selera makan kepada yang memerlukan.
 Mengatasi masalah tidur.

Kajian dari para saintis telah menemui bukti sokongan bahawa pengambilan harian Pueraria mirifica dapat merendahkan risiko penyakit kardiovaskular secara merendahkan tahap kolesterol darah, melawan kanser payudara dan usus di samping mengatasi gejala menopaus.

Kajian di Thailand juga menunjukkan phytoestrogen yang dikandungi Pueraria mirifica berupaya membesarkan payudara dalam lebih 90% dari wanita yang menggunakannya. Ia mengembangkan tisu lemak dan menegangkan ligament di sekitar payudara yang menyokong bentuknya. Ia memaksimakan aliran darah dan mengekalkan tisu kolagen yang bertindak memberi kemontokan, keanjalan dan kelembutan payudara.


LABISIA PUMILA

Turut dikenali sebagai Kacip Fatimah, Labisia pumila ialah versi wanita bagi Tongkat Ali di Malaysia. Secara tradisional, ia digunakan untuk meningkatkan daya hidup, mengatasi keletihan dan mengetatkan otot faraj wanita. Lebih menarik, ia mengekalkan sifat-sifat kewanitaan. Kajian menunjukkan Labisia pumila bertindak menyelia reseptor estrogen dan memiliki khasiat phytoestrogen yang memberi faedah kesihatan, antaranya :

 Membantu memulihkan kitaran haid yang terganggu seperti ketika mengalami stress ataupun sewaktu mengalami masalah kesihatan dan juga setelah memberhentikan pengambilan pil perancang.

 Mengatasi senggugut dan kerengsaan akibat kesakitan haid.

 Menstabil, membina dan mengharmonikan sistem peranakan wanita bagi meningkatkan kesuburan.
 Memberi keanjalan dan ketegangan payudara dan mengetatkan faraj.

 Menyokong pertumbuhan flora dalam rongga peranakan bagi mengelakkan jangkitan dan kerengsaan.

 Mengatasi keletihan dan memberi keceriaan emosi.
 Meningkatkan tenaga ketika bersenggama.
 Mengatasi masalah yang bersangkutan dengan sembelit.
 Menghindari masalah kembung.
 Menegangkan otot perut
 Melegakan masalah rheumatik.


ASPARAGUS RACEMOSUS

Asparagus racemosus digunakan secara tradisional untuk merangsang penghasilan hormon wanita. Ia merupakan sejenis phytoestrogen dari India yang dikenali sebagai Shatavari yang membawa erti ‘100 suami’. Khasiatnya meliputi:

 Menggalakkan penghasilan susu ibu
 Meningkatkan libido wanita
 Membantu mengatasi gejala menopaus dan melegakan sindrom sebelum haid.
 Meningkatkan kesuburan secara menyihatkan organ peranakan wanita.
 Melembabkan tisu peranakan yang kekeringan.
 Memberi kesan awet muda dan menghindari penuaan pramatang.

Disebalik peranan di atas, Shatavari juga meningkatkan sistem imun, mencerdaskan minda, membantu penghadaman dan meningkatkan tenaga serta kekuatan. Ia turut membantu membersihkan toksin dari darah dan meransang fungsi hati. Shatavari bertindak sebagai antioksidan, melawan stres, mengatasi alahan dan menguatkan otot. Ia gunakan oleh syarikat farmasutikal bagi merawat batuk, kekurangan air, cirit birit, demam berpanjangan, muntah darah, herpes, asid perut yang berlebihan, ulser perut dan sebagainya.

Comments

Popular posts from this blog

Jangan Ada Benci - Casey

Bio-Seed

Rumah Terbuka Idul Fitri 1429 Gamat Emas Sdn Bhd