Posts

Showing posts from 2009

Promosi di Sinar Harian

Image

Promosi Gamat Emas

Image

Cuti-Cuti Jakarta - Kenangan Manis

Image

Dana Emas 2009 dan Promosi Terkini

Image

Promosi di Laman Media Prima

Image

Belajar Untuk Mengajar

“BELAJAR UNTUK MENGAJAR” Kita sebagai insan mula belajar dari peringkat bayi dalam kandungan ibu lagi. Di dalam kandungan Ibu, kita sudah mula belajar dan mendengar tentang kehidupan. Walaupun kita belum dapat melihat cerahnya matahari namun kita telah mula belajar mengenali kehidupan. Bermula dengan tangisan yang pertama barulah proses pembelajaran di dunia realti bermula. Bagaikan kain putih yang bersih, yang mencorakkan diri kita ialah ibu bapa dan persekitaran kita. Oleh kerana itu, ibu-ibu yang faham tentang proses ini akan memperbanyakkan membaca Al-quran, dan surah-surah tertentu dan dendangan zikir serta munajat semasa mengandung supaya insan yang dilahirkan menjadi insan yang mulia. Begitulah juga sebaliknya. Proses pembelajaran ini mempengaruhi sikap insan itu apabila ia dilahirkan. Proses pembelajaran tidak akan berhenti sehinggalah ke hembusan nafas yang terakhir. Dalam konteks belajar atau pembelajaran ini pada lazimnya kita melalui sistem pembelajaran seperti berikut:-

Air Mata Pejuang

Air Mata Pejuang Entah berapa lama lagi Mampu ku tahan air mata ini dari berlinangan Menghadapi cubaan demi cubaan Ujian demi ujian yang mendatang Cabaran yang datang depan dan belakang Bersama musuh dan kawan Bersama teman sepermainan Malah dari insan-insan tersayang Dari jiwa sendiri yang menentang Kepedihan lama masih terasa Kelukaan lama masih berparut Kegagalan lama sering mengingatkan Menarik diri ini ke belakang Menghalang setiap langkah yang diatur Setiap rencana dan usaha sentiasa terhalang Dengki dan iri silih berganti Alasan demi alasan memadamkan harapan Ruang yang ada dikosongkan Peluang yang ada dilepaskan Kekecewaan dan kelukaan tidak tertahankan Kesilapan dan kelemahan diri menjadi beban Air mata berlinang tanpa sebarang pengertian Entah berapa lama mampu ku bertahan Melihat pemimpin air matanya bergenang Melihat bangsanya yang lemah di lautan MLM yang terbentang Yang seluruh tenaganya dikeluarkan Hanya untuk melihat bangsanya menang Air mata ini pejuang akan terus berl

Syed Mokhtar: Pesanan ibu bawa berkat

Oleh HELMI MOHD FOAD PUTRAJAYA 10 Jan. – Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary, 56, yang diumumkan sebagai Tokoh Maal Hijrah 1429 akan sentiasa mengingati pesanan ibunya, Sharifah Rokiah Syed Abdullah supaya menyumbangkan separuh daripada pendapatannya bagi membantu golongan kurang berkemampuan. Beliau berkata, separuh daripada pendapatan pertama ketika membantu bapanya, Syed Nor Albukhary berniaga lembu sebanyak RM1,500 ketika tahun 60-an telah diserahkan kepada ibunya yang kemudian memintanya mengagihkan wang itu kepada 15 keluarga miskin di Alor Star, Kedah. ‘‘Saya guna pesanan ibu itu supaya separuh daripada pendapatan diberikan kepada orang kurang mampu, itulah yang telah memberikan saya keinsafan. ‘‘Malah sampai sekarang, sumbangan kepada 15 keluarga tersebut terus diberikan, kalau yang meninggal dunia diganti dengan orang lain. ‘‘Tuhan sudah memberikan segala nikmat, semuanya saya dah rasa, apa lagi yang kita mahu, maka nikmat itu perlu digunakan bagi faedah kepada orang ramai terutama

Cuti-Cuti Singapura

Salam Sejehtera, pada 26 - 28hb Disember 2008 yang lalu, saya bersama keluarga (Azmawati dan Aina Sabrina)sempat melawat Singapura untuk bertemu dengan rakaniaga di kota singa itu yang juga merupakan stokis Singapura. Kami menaiki keretapi dari KL Sentral lebih kurang jam 10 malam dan tiba di Stsen Keretapi Tanjong Pagar lebih kurang jam 8.00 pagi. Setibanya kami di Stesen Tg Pagar, Saudara Johari Sukiman (Abg Jo) dan Puan Sakyah (Kak Sakyah)menyambut kami dan kami minum pagi bersama2 di stesen keretapi Tg Pagar. Sedap jugak nasi lemak dan kuih sagu di situ...memang sedap Pasti Gerek! Kami kemudiannya dibawa ke rumah Abg Jo di Cashew Road, Bukit Panjang Singapura. Setelah mandi bersiap kami dibawa ke Hotel Classic 81 yang terletak di Geylang Serai dan kami pun check in. Selepas check ini kami dibawa makan tengahari di Restoran Hajah Maimunah (Restoran Padang) yang terletak sebaris dengan hotel penginapan kami. Makanan di sini memang pelbagai cita rasa dan banyak pilihan. Abg Jo telah

SOAL JAWAB MENGENAI FEMMINA

1. Berapa kapsul yang perlu saya ambil sehari? 1 kapsul selepas sarapan dan 1 kapsul selepas makan malam. Walaubagaimanapun, untuk memudahkan, anda juga boleh mengambil 2 kapsul sekaligus selepas sarapan. 2. Bagaimana cara pengambilannya? Seeloknya Femmina dimulakan pengambilannya selepas haid. Femmina tidak disyorkan diambil ketika haid untuk mengelakkan gangguan pada kitaran semulajadi estrogen pada pusingan haid yang biasa. Pengambilan Femmina dihentikan sementara ketika haid dan dimulakan semula selepas haid. Begitulah seterusnya. Bagi wanita yang menopaus, Femmina boleh diambil berterusan tanpa henti. 3.Berapa umur wanita yang boleh mengamalkan Femmina? Femmina disyorkan untuk wanita 18 tahun ke atas. Walaubagaimanapun, paling mustahak ialah golongan wanita selepas umur 35 tahun kerana sewaktu itu paras estrogen sudah semakin menurun. Paling penting ialah wanita selepas menopaus kerana di kala itu paras estrogen sangat rendah dan pengambilan Femmina boleh membantu mengatasi gejala

TENTANG FEMMINA

Femmina ialah sejenis pemakanan tambahan unik yang menggabungkan formulasi terkini terdiri daripada 3 sumber phytoestrogen semulajadi dari 3 buah negara berasingan iaitu Pueraria mirifica (Thailand), Labisia pumila (Malaysia) dan Asparagus racemosus (India). Khasiat phytoestrogen adalah satu anugerah kepada wanita kerana ia bertindak seperti estrogen iaitu hormon wanita yang menyokong kesan estrogenik kepada organ khusus wanita seperti payudara, rahim dan ovari. Bagi wanita yang berumur, mereka akan mengalami perubahan dramatik disebabkan oleh penurunan tahap estrogen. Sistem dan fungsi tubuh badan akan menurun yang seterusnya akan memberi perubahan dari sudut fisiologi dan psikologi. Phytoestrogen membantu dengan memperbetulkan kekurangan estrogen dan mengembalikan kestabilan hormon. Faedahnya dapat melindungi wanita dari penyakit kardiovaskular, meredakan kesan putus haid seperti mengurangkan rasa panas badan, mengatasi kekeringan faraj dan kencing tidak terkawal, menghindari perubah