Cuti-Cuti Jakarta 2008 (19 Nov - 22 Nov 2008)

Pada 19hb November 2008 yang lalu, saya dan isteri telah mengikuti rombongan melancong ke Jakarta selama 4 hari 3 malam. Segala kos penerbangan, penginapan dan makan ditanggung oleh pihak Gamat Emas Sdn. Bhd. Lawatan ke Jakarta ini disertai oleh usahawan Gamat Emas yang layak mencapai tahap jualan yang ditetapkan oleh pihak GESB bagi tempoh promosi 3 bulan iaitu dari 1 Mei 2008 hingga 31 Julai 2008. Seramai 18 orang telah mengikuti program pelancongan ini. Melalui lawatan ini kami berpeluang mengenali lebih dekat mengenai Kota Jakarta khususnya dan Indonesia umumnya. Turut serta adalah En. Saifulbahrim, Penasihat GESB, En Salleh Saadon, Pengurus Pembangunan Rangkaian, Duta Emas 5 Bintang Ustaz Haji Wan Mat dan leader GESB. Berikut adalah gambaran yang sempat dirakamkan untuk dikongsi bersama. Pasti Gamat!!! Pengurus Pembangunan Rangkaian GESB, En Salleh Saadon sedang memberi taklimat kepada ahli rombongan dan di sebelah beliau ialah En Saifulbahrim merupakan Penasihat GESB.

(Atas) Kami makan di Restoran Ayam Betutu..makan bebek (itek) pada hari ketibaan kami di Jakarta

Ustaz Wan sempat membuat kerja-kerja lebih masa di Indonesia dengan menjual keropok di restoran2 d sekitar Jakarta,,, he he hee jgn mare haa

Bergambar di Masjid Istiqlal, Jakarta setelah selesai menunai solat Asar. Masjid ini mengambil masa 17 tahun untuk disiapkan. Ia mempunyai 6 lantai dari aras Basement mengambil sempena rukun Iman dan dari lantai solat ke atas ialah 5 lantai (orang sana kata tingkat adalah lantai) mengambil sempena rukun Islam. Di dalam masjid ini terdapat sebanyak 12 tiang yang diperbuat dari keluli (steel) yang berkilat mengambil sempena tarikh kelahiran RasuLullah iaitu 12 Rabiulawal. Masjid ini mampu menampung lebih 2000 orang pada satu2 masa.

Gambar di bawah ialah rakaman semasa kami berada di dalam Masjid Istiqlal, Jakarta.



Kami bergambar di MONAS (Monumen Nasional) yang terdapat 60 kilogram emas tulin di puncak menara ini. Terdapat lorong rahsia yang menghubungkan MONAS ini dengan istana Presiden bagi digunakan semasa pemberontakan dan sebagainya. MONAS ini dikawal 24 jam oleh anggota tentera samada dalam berpakaian uniform mahupun freeman.

Gambar di atas adalah gambaran di restoran Nasi Padang masakan Minang. Kami diberi kesempatan untuk merasa pelbagai jenis masakan suku kaum di Indonesia.

Lepas makan makan makanan Padang, kami bergambar beramai-ramai di pentas yang disediakan di dalam restoran tersebut...En Salleh bila nak naik pelamin,,he he naik pelamin kat Jakarta kotttt he he

Semasa aku berada di Jakarta aku cuba untuk bertarung sama Si Pitung, tetapi oleh kerana LRT yang dinaiki Si Pitung mengalami kegagalan kerana tayarnya pancit..maka pertarungan itu terpaksa dibatalkan. Kini aku hanya menunggu sorang lagi pahlawan Jakarta untuk kami bertarung beliau adalah : sila lihat gambar bawah;




Sebelah malam, Ustaz Wan ajak kami pergi minum kat warong, makan roti panggang+keju di hiris pelbagai perasa strawberry, dan kami minum es le le (kat Malaysia panggil ABC) istimewa, dan kami minum avocad..errmmmm memang sedappp...tima kasih Ustazzzz...Hidup Ustaz..Takbir!!


Puas sudah aku bawak keretapi,,,teringin lah pulak nak bawak kenderaan lain. Aku memohon jawatan sebagai Pemandu Bajai di Jakarta. Penumpang kat belakang tuuu..Kak Chah Duta Emas..nak gi mana Kak Chah nak gi Segamat ker?










art

Comments

en_me said…
weiii bro.. wisatawan tewwww.. sakannns
Salam sejahtera Tuan / Puan, Sebelum itu ingin memohon maaf kerana membuat promosi disini...
Semoga Tuan/Puan senantiasa diberikan kesihatan yang baik dan dimurahkan rezki(Amiin). Buat Tuan/Puan yang sudah merancang bercuti ke Bandung/Jakarta dan memerlukan kereta beserta pemandu bolehlah hubungi kami :

WhatsApp : +6282214441280
Call : +6282214441280
Call : +6282282222896
Email : Dhanibandung@yahoo.com
Blog : Melancongdibandung.blogspot.com(Dhani Tour Bandung)
Website : www.paketpelanconganbandung.com dan www.dhanitourbandung.com

Kami sangat mengutamakan kepuasan tetamu dan dijamin harga yang sangat berpatutan...Insya Alloh kami memberikan service yang terbaik dan layanan taraf 5 bintang...

KAMI PUN MENYEDIAKAN PAKET BERUPA TRANSPORT DAN HOTEL

Semoga inform dari saya dapat memudahkan urusan bercuti Tuan/Puan untuk ke Bandung.
Nb : Yang lebih mahal itu banyak, yang lebih murah pun ada tapi kami janjikan yang terbaik dari Dhani Tour Bandung... (Insya Allah) Jom mari melancong di Bandung murah sahaja... Untuk apa cari harga yang lebih murah jika service nya kurang berbaloi dan tidak memuaskan ^_^
Wassalam dan Terima Kasih.. ^_^

JOM MELANCONG INDONESIA…
CITY TOUR BANDUNG DAN CITY TOUR JAKARTA

Popular posts from this blog

Jangan Ada Benci - Casey

Bio-Seed

Rumah Terbuka Idul Fitri 1429 Gamat Emas Sdn Bhd