Jualan Langsung - Mengapa Terpedaya?

Salam perjuangan,

Hari ini terdapat pelbagai produk-produk jualan langsung berada di pasaran. Samada dihasilkan di dalam negeri mahupun dari luar negara. Begitu juga dengan syarikat jualan langsung yang tumbuh bagaikan cendawan. Setiap hari ada saja syarikat jualan langsung baru didaftarkan di SSM. Keadaan yang sama juga berlaku bagi syarikat jualan langsung yang tutup operasinya. Bagi masyarakat yang tidak begitu mengenali dan memahami selok belok perniagaan jualan langsung, mereka sering tertipu dan terpedaya dengan agen/wakil syarikat jualan langsung yang kononnya menyediakan ganjaran pendapatan yang lumayan dan mampu menjadi jutawan dalam masa yang singkat. Sudah menjadi perkara yang lumrah, kita akan mudah terpedaya dan teruja dengan tawaran/ganjaran lebih-lebih lagi dengan penerangan yang meyakinkan oleh agen/wakil tersebut. Maklumlah ganjaran yang ditawarkan mampu mengubah gaya hidup dan mendapat apa yang diimpikan. Lebih-lebih lagi apabila dimaklumkan bahawa perniagaan ini tidak perlukan kita menjual, menaja dan membantu yang menjadi elemen penting dalam MLM. Hanya yang perlu ialah 4D, Duduk Diam Dapat Duit. Maka ramailah di kalangan kita yang sanggup membuat pinjaman dari institusi kewangan semata-mata ingin menyertai syarikat berkenaan. Tidak perlu bersusah payah berkorban masa dan tenaga cuma tunggu cukup bulan dapat duit. Inilah penyakit yang meresap dan meracuni pemikiran dan hati-hati kita khususnya orang Melayu. Bulan pertama kita digula-gulakan dengan bonus yang besar, begitu juga bulan ke dua. ke tiga dan ke empat. Habis seluruh ahli keluarga, sanak saudara dan kawan-kawan dijajanya tentang kehebatan perniagaannya dan mereka juga terpengaruh dan juga turut serta. Namun, panas yang disangka sampai ke petang rupanya hujan di tengahri. Masuk bulan ke 5, 6 dan seterusnya bonos yang ditunggu tidak kunjung tiba. Syarikat mula memikirkan alternatif lain untuk mencapai keuntungan dan tutup perniagaan dan memulakan perniagaan atas nama syarikat yang baru. Mengapa kita mudah terpedaya? Tidak ada jalan singkat untuk berjaya. Kita perlu berusaha, kita perlu berkorban, kita perlu berani menghadapi rintangan, bersusah payah dan barulah kejayaan kita mempunyai nilai yang tinggi....sambung di siri akan datang. Pasti Gamat!!!

Comments

en_me said…
me memang tak caya .. cerita larr lagikks.. selamat ariraya aidilfitri maaf zahir batin jakkk..

Popular posts from this blog

Jangan Ada Benci - Casey

Bio-Seed

Rumah Terbuka Idul Fitri 1429 Gamat Emas Sdn Bhd