Posts

Showing posts from January, 2011

Salam Tahun Baru 2011

Alhamdulillah, kini kita telah pun melangkah ke tahun baru 2011. Tahun demi tahun yang kita lalui sebenarnya merapatkan kita lagi ke penghujung kehidupan iaitu kematian. Ada diantara sahabat dan kenalan kita yang telah pun pergi terlebih dahulu sebelum kita. Apakah sebenarnya yang kita kejar dalam kehidupan ini? Kalau sebelum ini kita belum berkawin, kini sudah pun berkahwin, kalau dulu kita tidak memiliki rumah dan kereta, kini telah pun kita miliki. Kalau dulu kita tidak mempunyai anak, kini kita telah pun memiliki anak. Maka apa lagi yang mahu dikejar? Pergi kerja seawal pagi dan pulang lewat malam. Adalakalnya kita terlupa apa sebenarnya yang kita kejar dalam kehidupan ini. Apa yang perlu kita kejar sebenarnya ialah mengejar kemewahan dan kesenangan untuk dijadikan bekalan di akhirat kelak. Sesungguhnya musuh islam yang paling nyata ialah kemiskinan dan jahil ilmu. Orang islam perlu kaya dan bijak. Orang islam perlu manjadi tangan yang di atas bukan di bawah. Orang islam perlu mema