Posts

Showing posts from March, 2009

Belajar Untuk Mengajar

“BELAJAR UNTUK MENGAJAR” Kita sebagai insan mula belajar dari peringkat bayi dalam kandungan ibu lagi. Di dalam kandungan Ibu, kita sudah mula belajar dan mendengar tentang kehidupan. Walaupun kita belum dapat melihat cerahnya matahari namun kita telah mula belajar mengenali kehidupan. Bermula dengan tangisan yang pertama barulah proses pembelajaran di dunia realti bermula. Bagaikan kain putih yang bersih, yang mencorakkan diri kita ialah ibu bapa dan persekitaran kita. Oleh kerana itu, ibu-ibu yang faham tentang proses ini akan memperbanyakkan membaca Al-quran, dan surah-surah tertentu dan dendangan zikir serta munajat semasa mengandung supaya insan yang dilahirkan menjadi insan yang mulia. Begitulah juga sebaliknya. Proses pembelajaran ini mempengaruhi sikap insan itu apabila ia dilahirkan. Proses pembelajaran tidak akan berhenti sehinggalah ke hembusan nafas yang terakhir. Dalam konteks belajar atau pembelajaran ini pada lazimnya kita melalui sistem pembelajaran seperti berikut:-