Ukhuwwah Network Group

Ukhuwwah Network Group
Cuti2 Melbourne, Australia 2016

Monday, July 25, 2011

Salam Gamat Gemilang 2011

Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Allah SWT, Malam Sinar Gemilang sempena Gamat Gemilang 2011 telah pun melabuhkan tirainya pada 23hb Julai 2011 yang lalu. Meninggalkan kenangan manis dan indah kepada pejuang-pejuang MLM dan pengguna-pengguna setia Gamat Emas Sdn Bhd (GESB). Malam gilang gemilang yang diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa (PICC) Putra Jaya merupakan malam penuh berprestij bagi meraikan pejuang-pejuang yang GESB yang mencapai tahap Duta Emas dan kenaikan pangkat Duta ke Duta Emas satu bintang hingga 5 bintang.

Bermula dengan perarakan Duta-Duta bersama kereta mewah masing-masing pada jam 6.00 petang menuju ke pintu masuk PICC, dibentangkan dengan permaidani merah di pintu masuk PICC serta disambut oleh Ahli Lembaga Pengarah GESB merupakan situasi yang sukar untuk dilupakan. Sorakan dan sambutan rakaniaga di pintu masuk PICC menyemarakkan lagi suasana kehangatan majlis ini. Pada sebelah malam pula pelbagai persembahan disediakan dan juga penganugerahan kepada Duta-Duta Emas, pelancaran produk baru G Cafe tanpa gula, Cabutan Bertuah Purchase Draw dan Lucky Draw, penganugerahan Pusat Jualan Utama dan Stokis Terbaik serta Penganugerahan ‘Top Distributor 2010/2011.

Sebagai warga GESB saya merasa amat berbangga dengan kelahiran ramai Duta-Duta Emas yang baru di dalam GESB. Ini merupakan petunjuk bahawa GESB semakin berkembang dan maju. Marilah kita sama-sama berdoa agar GESB terus cemerlang dan gemilang dengan melahirkan lebih ramai lagi usahawan bertaraf jutawan bumiputera pada masa akan datang.

Saya tertarik dengan ucapan Duta Emas 5 Bintang Cik Gu Zamani Rafiee di malam gamat gemilang ini agar kita tidak menjadi sombong apabila telah mencapai kejayaan. Ini kerana apa yang ada pada kita bukan milik kita tetapi milik Allah SWT. Jika merenung bintang di langit jangan lupa rumput di bumi. Syabas, cik gu Zamani kata-kata anda lahir dari hati yang tulus ikhlas justeru itu anda layak dianugerahkan takhkta Duta Emas 5 bintang.
Dalam masa yang sama dapat saya perhatikan pegawai-pegawai dan kakitangan GESB yang bertungkus lumus menjayakan program yang berprestij ini. Di hati mereka yang pasti ialah untuk memastikan perjalanan majlis ini berjalan dengan lancar. Terima kasih di atas pengorbanan yang diberikan dan tiada gambar yang dapat dilukiskan bagi mengambarkan bertapa terima kasih saya kepada mereka.

Buat rakaniaga saya, marilah kita contohi dan tauladani mereka yang telah berjaya. Jadikan malam Gamat Gemilang ini sebagai motivasi dan perangsang untuk kita terus berjaya sehingga mencapai Duta Emas 5 Bintang.
Salam Kasih Sayang
SUHAIMI ALI

Friday, July 15, 2011

Nilai kasih sayang...

kasih sayang antara makhluk.... semailah kasih sayang antara sesama makhluk..Allah SWT..


Mereka juga perlukan belaian...walaupun tuan nya selalu xder dirumah tp mereka setia mengawal rumah dari musuh yang masuk ke rumah..cth tikus dan lipas hehe

Wanita cekal dan bersemangat waja...Puan Hasanah


Teruskan perjuangan...kekalkan momentum semangat anda besarkan jiwa,,berani berkorban demi masa depan.

Gamat Emas gempur Ipoh....

Selamat berjuang rakaniaga yang dikasihi...
Puan Faizah dan suami Encik Hatta..usahawan yang bersemangat kental dan berhati waja..Pasti Power!!!

Friday, July 8, 2011

Selamat Hari Lahir Buat Cik Masliszza, Abang Mustafa dan Puan Asiah

Pada 1 Julai 2011 yang lalu, kami sempat meraikan hari lahir rakaniaga kita iaitu Cik Maslizza, Abang Mustafa Kamal dan Puan Asiah di Tingkat 3, Ibu Pejabat GESB. Sama-sama kita doakan agar mereka dipanjangkan umor dan dimurahkan rezeki.



Friday, July 1, 2011

Jangan Ada Benci - Casey

Lirik/Tajuk Lagu: Jangan Ada Benci
Penyanyi: Casey

Andainya ada di antara kita nanti
Berubah hala serta janji
Jangan ada benci
Suka dan duka dilalui
Jadikan kenangan di sudut hati

Andainya cita-cita tidak kesampaian
Ikatan murni terputus di pertengahan
Jangan dikesalkan
Jangan lantaran kegagalan
Kita saling berdendam saling bermusuhan

Ungkit-mengungkiti
Sakit-menyakiti
Memusnahkan diri

Kita harus tabah dan bersedia
Cekal hadapi kemungkinan yang tiba
Kadangkala yang berlaku
Di luar kemahuan kau dan aku

Di sudut hati