Ukhuwwah Network Group

Ukhuwwah Network Group
Cuti2 Melbourne, Australia 2016

Friday, February 20, 2009

Air Mata Pejuang

Air Mata Pejuang

Entah berapa lama lagi
Mampu ku tahan air mata ini dari berlinangan
Menghadapi cubaan demi cubaan
Ujian demi ujian yang mendatang
Cabaran yang datang depan dan belakang
Bersama musuh dan kawan
Bersama teman sepermainan
Malah dari insan-insan tersayang
Dari jiwa sendiri yang menentang

Kepedihan lama masih terasa
Kelukaan lama masih berparut
Kegagalan lama sering mengingatkan
Menarik diri ini ke belakang
Menghalang setiap langkah yang diatur
Setiap rencana dan usaha sentiasa terhalang

Dengki dan iri silih berganti
Alasan demi alasan memadamkan harapan
Ruang yang ada dikosongkan
Peluang yang ada dilepaskan
Kekecewaan dan kelukaan tidak tertahankan
Kesilapan dan kelemahan diri menjadi beban
Air mata berlinang tanpa sebarang pengertian

Entah berapa lama mampu ku bertahan
Melihat pemimpin air matanya bergenang
Melihat bangsanya yang lemah di lautan MLM yang terbentang
Yang seluruh tenaganya dikeluarkan
Hanya untuk melihat bangsanya menang

Air mata ini pejuang akan terus berlinang
Selagi tiada ketemui titik kemenanagan
Biar dengan titik peluh dan air mata
Perjuangan ini tetap diteruskan
Selagi bangsanya, selagi sahabatnya selagi keluarganya
Masih terkongkong di bawah tempurung
Selagi masih lena dalam selimut kemiskinan
Selagi air mata ini boleh mengalir
Selagi air mata ini tidak berganti air mata darah
Selagi hayat dikandung badan

Monday, February 16, 2009

Syed Mokhtar: Pesanan ibu bawa berkat

Oleh HELMI MOHD FOAD
PUTRAJAYA 10 Jan. – Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary, 56, yang diumumkan sebagai Tokoh Maal Hijrah 1429 akan sentiasa mengingati pesanan ibunya, Sharifah Rokiah Syed Abdullah supaya menyumbangkan separuh daripada pendapatannya bagi membantu golongan kurang berkemampuan.

Beliau berkata, separuh daripada pendapatan pertama ketika membantu bapanya, Syed Nor Albukhary berniaga lembu sebanyak RM1,500 ketika tahun 60-an telah diserahkan kepada ibunya yang kemudian memintanya mengagihkan wang itu kepada 15 keluarga miskin di Alor Star, Kedah.

‘‘Saya guna pesanan ibu itu supaya separuh daripada pendapatan diberikan kepada orang kurang mampu, itulah yang telah memberikan saya keinsafan. ‘‘Malah sampai sekarang, sumbangan kepada 15 keluarga tersebut terus diberikan, kalau yang meninggal dunia diganti dengan orang lain.

‘‘Tuhan sudah memberikan segala nikmat, semuanya saya dah rasa, apa lagi yang kita mahu, maka nikmat itu perlu digunakan bagi faedah kepada orang ramai terutama pelajaran,” katanya.
Beliau ditemui pemberita pada majlis Sambutan Maal Hijrah 1429 Peringkat Kebangsaan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini hari ini.

Majlis penyampaian anugerah tersebut disempurnakan oleh Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin. Melalui anugerah tersebut, Syed Mokhtar yang juga Pengerusi Yayasan Albukhary menerima hadiah wang tunai sejumlah RM60,000 yang disumbangkan oleh kerajaan manakala RM20,000 lagi oleh Yayasan Ubaidi.

Perniagaan Syed Mokhtar yang berasal dari sebuah keluarga Arab Hadhrami kurang berkemampuan di Alor Star kini merupakan ahli perniagaan bumiputera terkaya di negara ini dengan harta bernilai RM4.16 bilion sebagaimana dinyatakan dalam Senarai Bilionair Dunia Forbes 2007.

Syarikat Kumpulan Albukhary yang dibangunkan oleh beliau kini terbabit dalam beberapa industri utama negara antaranya pengangkutan, logistik, utiliti, automotif, pertahanan, makanan dan perbankan Islam serta kewangan. Kumpulan tersebut menubuhkan Yayasan Albukhary pada 1996 sebagai sayap kerja-kerja kebajikan dan menyalurkan dana bagi kerja-kerja amal yang kini berkembang sebagai entiti amal global antaranya penubuhan Muzium Kesenian Islam Malaysia dan Program Biasiswa Albukhary.

Sehingga 2006, yayasan tersebut menyumbang hampir RM1 bilion secara langsung kepada usaha kebajikan termasuk menyertai proses membina semula kehidupan pelarian Afghanistan, bantuan mangsa gempa di Pakistan dan Iran serta mangsa bencana tsunami di Aceh, Indonesia.

Selain itu, yayasan tersebut sedang berusaha menubuhkan hospital AIDS di Uganda, membantu kanak-kanak jalanan di Afrika dan merintis program bantuan kemanusiaan bagi mangsa perang di Iraq dan Lebanon.




Menurut Syed Mokhtar, mengenangkan kejayaan yang dicapainya sekarang daripada pesanan seorang ibu, Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi meminta beliau menyerahkan hadiah wang tunai yang diterimanya itu kepada ibunya. ‘‘Saya tanya pada Pak Lah nak buat apa dengan duit RM80,000 ini, dia kata bagilah kepada ibu kerana dari situlah asal saya,” katanya.

Kejayaan Syed Mokhtar yang mengakui inilah kali pertama beliau mendedahkan kisah hidupnya kepada media berkata, meskipun telah mengecapi kejayaan, beliau sebenarnya hanya sekadar manusia biasa dan Yang Maha Kaya itu adalah Allah. ‘‘Daripada keinsafan itu, kita cari rezeki macam tidak ada hari esok, saya usahakan sejak dari tahun 60-an dan telah melalui kepayahan dan kesakitan. ‘‘Dan sehingga hari ini syarikat lori dan beras yang merupakan perniagaan awal saya di Kedah masih terus beroperasi.

‘‘Saya adalah anak kelahiran Dasar Ekonomi Baru (DEB), melalui bantuan Mara serta UDA saya mengembangkan perniagaan tetapi melalui proses pahit maungnya dahulu,” katanya.
Jelas beliau, apabila mendapat rezeki yang banyak, ia digunakan untuk kebajikan lebih 67,700 kakitangan Kumpulan Albukhary dan selebihnya bagi membantu golongan kurang berkemampuan.

Syed Mokhtar berkata, kesempitan kewangan ketika zaman kanak-kanak sehingga tidak mampu membayar yuran peperiksaan menyebabkan beliau kini berusaha membantu pelajar-pelajar kurang berkemampuan untuk mendapat peluang pelajaran. ‘‘Saya bersekolah setakat tingkatan lima tapi tak sempat ambil peperiksaan kerana tidak mampu bayar yuran.


‘‘Jadi, mengenangkan dulu saya tidak ada peluang, bila saya dapat peluang dalam perniagaan saya fikir kena beri peluang pendidikan kepada mereka yang tidak mampu,” katanya. Katanya, aktiviti kebajikan melalui Yayasan Albukhary diteruskan pula melalui pembinaan Kompleks Albukhary di Alor Star yang berkonsepkan pondok moden dengan dilengkapi masjid, rumah anak-anak yatim dan sekolah.

Selain itu katanya, yayasan tersebut yang dijana oleh syarikat Kumpulan Albukhary turut menyediakan program tuisyen yang sehingga kini telah melibatkan 22,000 pelajar kurang berkemampuan sejak empat tahun lalu.

Tambahnya, pihaknya kini sedang membina Universiti Antarabangsa Albukhary yang dijangka siap penghujung 2009 sebagai tempat pelajar-pelajar cemerlang kurang berkemampuan itu untuk menyambung pelajaran.

‘‘Pelajar-pelajar kurang mampu itu kita beri peluang dengan kita gajikan guru untuk mengajar mata pelajaran Sains, Matematik dan Bahasa Inggeris dan alhamdulillah kebanyakannya dapat maju ke depan,” katanya.

Katanya, hasil pesanan ibunya, beliau turut mengembangkan aktiviti kebajikan kepada masyarakat minoriti Islam yang tertindas dan miskin di luar negara dengan membawa pelajar-pelajar miskin tetapi cerdik untuk menyambung pelajaran di sini.




Setakat ini, katanya, seramai 372 orang pelajar dari 47 buah negara minoriti Islam sedang menimba ilmu di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) di bawah tajaan Yayasan Albukhary. Yayasan berkenaan juga menaja umat Islam kurang berkemampuan dari segi kewangan bagi menunaikan ibadah haji serta memberikan bantuan pembinaan masjid-masjid termasuk membiayai projek membaik pulih Masjid Negara di ibu negara. ‘‘Usaha membaik pulih Masjid Negara timbul apabila satu malam saya ‘berpusing- pusing’ (meninjau) kawasan sekitar Muzium Kesenian Islam, saya dapati ia terang-benderang tetapi Masjid Negara gelap... macam mana boleh macam ini,” katanya.

Monday, February 2, 2009

Cuti-Cuti Singapura

Salam Sejehtera, pada 26 - 28hb Disember 2008 yang lalu, saya bersama keluarga (Azmawati dan Aina Sabrina)sempat melawat Singapura untuk bertemu dengan rakaniaga di kota singa itu yang juga merupakan stokis Singapura. Kami menaiki keretapi dari KL Sentral lebih kurang jam 10 malam dan tiba di Stsen Keretapi Tanjong Pagar lebih kurang jam 8.00 pagi. Setibanya kami di Stesen Tg Pagar, Saudara Johari Sukiman (Abg Jo) dan Puan Sakyah (Kak Sakyah)menyambut kami dan kami minum pagi bersama2 di stesen keretapi Tg Pagar. Sedap jugak nasi lemak dan kuih sagu di situ...memang sedap Pasti Gerek!

Kami kemudiannya dibawa ke rumah Abg Jo di Cashew Road, Bukit Panjang Singapura. Setelah mandi bersiap kami dibawa ke Hotel Classic 81 yang terletak di Geylang Serai dan kami pun check in. Selepas check ini kami dibawa makan tengahari di Restoran Hajah Maimunah (Restoran Padang) yang terletak sebaris dengan hotel penginapan kami. Makanan di sini memang pelbagai cita rasa dan banyak pilihan. Abg Jo telah memperkenalkan kami "tauhu telor" yang sukar didapati di Malaysia.

Abg Jo dan Kak Sakyah telah membawa kami ke Pusat Sains Singapura dan di sini kami dapat melihat teknologi terkini berkaitan dengan sains dan magik. Kami sempat melihat magik show di dalam Pusat Sains tersebut. Selepas itu kami sempat 'window shopping' di pusat membeli belah di bandar tersebut.

Pada hari kedua kami dibawa ke Zoo Singapura dan Pulau Sentosa. Di Zoo kami dapat melihat dari dekat Singa betina yang membaham pekerja zoo yang hangat diperkatakan satu ketika dulu. Kami sempat juga merasa Murtabak Singapura yang terkenal di Geylang.Pada sebelah petang sempat kami membuat 'home party' di rumah Abg Jo dan rakaniaga Gamat Emas di Singapura begitu bersemangat untuk sama-sama memperjuangkan perniagaan ini. Syabas!!

Pada malamnya kami berangkat pulang ke Kuala Lumpur dengan menaiki Keretapi dari Tanjong Pagar. Sesungguhnya layanan yang diberikan oleh Abg Jo dan Kak Sakyah amat istimewa sekali. Inilah kehebatan perniagaan Gamat Emas Sdn Bhd, mendekatkan kan yang jauh dan melebarkan ikatan silaturrahim tanpa mengenal batas sempadan negara dan bangsa. Kerana Gamat Emas kami mengenali Abg Jo dan Kak Sakyah dan hubungan antara kami lebih dari rakaniaga dan lebih dari saudara. Terima kasih banyak Abg Jo dan Kak Sakyah. Pesanan dari Abg Jo " Datanglah ke Singapura Pasti Gerek!!!! .

Sekian dulu buat kali ini...Terima kasih Abg Jo dan Kak Sakyah